Peran Wanita Dalam Keluarga

No comment 1101 views

Dalam membincangkan peranan wanita dalam keluarga,  perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri di dalam rumahtangga moden hari ini.

Secara tradisional peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumahtangga dan keluarga tetapi dengan timbulnya cara hidup baru berlakulah peruhaban tertentu yang meluaskan lagi peranan para isteri.
Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari orang gaji,  pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka.

Tugas sebagai ibu dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan dalam ertikata wanita tidak lagi menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada takdir,  oleh kerana dengan adanya pengetahuan sains perubatan yang dapat mencipta alat-alat pencegah kehamilan,  ini menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan sikap keluhuran,  kemurnian  dan  tatasusila seorang wanita.

Imej-imej dan tanggung jawab sosial seperti ini akan membawa kepada perubahan di mana peranan kaum isteri ini dilihat adalah amat besar dalam terus memberi sumbangan dalam pembangunan Negara.  Dalam pada itu juga,  seperti yang disuarakan oleh pemimpin peringkat nasional tentang krisis institusi keluarga di kebanyakan Negara dapat dikategorikan sebagai serius.

Kesan dan implikasi terhadap krisis ini akan memberikan kerugian jangka panjang kepada Negara terutamanya terhadap penghasilan golongan intelektual dan berkebolehan.

Keadaan krisis ini mampu menebalkan amalan bercirikan individualistik di kalangan masyarakatnya.

Akibatnya system nilai yang berteraskan keagamaan dan sosiobudaya mula kehilangan mekanisme kawalannya.Kelonggaran pegangan pada system nilai tradisi yang tidak diimbangi dengan penerapan nilai positif baru yang berkesan boleh mendorong generasi muda kita terpengaruh dengan nilai yang bersifat negative yang diperolehi melalui media massa dan persekitaran di luar keluarga dan sekolah.

Ini akan mengakibatkan potensi salah laku murid-murid di sekolah,  penglibatan remaja dengan amalan lepak dan gejala dadah kian berleluasa.  Oleh yang demikian alternative yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini dengan menjadikan peranan kaum ibu sebagai penasihat dan pengasuh supaya dapat memulihkan keutuhan fungsi institusi keluarga.

Di sinilah peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran Negara dapat dimajukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga.Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak di tangan mereka.

Seperti mana yang diulas oleh Dr Muhammad Nur Munaty,  Presiden Angkatan Belia Islam  (ABIM),  yang mengatakan tugas dan peranan ibu adalah penting dalam menghalang anasir dan unsur yang coba untuk mempengaruhi pemikiran dan budaya anak-anak.

Sekiranya diteliti peranan itu wanita sebagai ibu di dalam system kekeluargaan bukanlah semata-mata untuk menjaga makan-minum,  kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga yang terpenting ialah untuk mendidik,  mengasuh  dan  membimbing. Ini kerana kesan kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manfaat kepada diri,  keluarga, masyarakat dan Negara secara keseluruhannya.Sesungguhnya watak,  keperibadian anak-anak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa.

author